Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2011

Kejaiban hutan di waktu malam

Imej
Ketika saya memberitahu nak masuk hutan pada malam 5 April lalu, muka isteri dan anak-anak berubah. Mana tidaknya selalunya saya akan bertugas di hotel, Dewan Tun Canselor, ini lain pula nak masuk hutan. Tambahan malam itu hujan baru sahaja reda.  Perasaan geli harus dibuang bagi pelajar yang mengkaji haiwan ini. Saya mengambil keputusan menyertai kumpulan Prof. Madya Dr Norhayati Ahmad petang itu untuk melihat bagaimana beliau bekerja menyelidik bersama-sama pelajar-pelajarnya. Bukan pensyarah lelaki, tetapi seorang wanita. Paling menarik, pelajarnya juga gadis yang berwajah ayu dan manis. Siapa yang tidak terkejut kalau diceritakan itulah kumpulan Dr Yati. Masuk hutan mencari apa? Jawab saya, mencari katak atau ular. Malam sebenarnya adalah masa untuk berehat oleh manusia setelah penat bekerja di siang hari. Disamping berehat, kita disuruh beribadat kepada Allah. Habis untuk apa nak masuk hutan? Sudah lama saya mencari peluang keemasan begini. Merakam gambar diwaktu malam d