Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 1, 2012

Majlis Bersama Presiden Ceupacs dengan Pereka dan Jurufoto SeMalaysia

Imej
3 Feb hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan saya dari Bangi ke Putrajaya. Mencari Bangunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hujan lebat bukanlah perkara yang mudah. Mujur Putrajaya tidak sesak seperti Kuala Lumpur. Ketika tiba di Dewan Utama KPKK Aras B1 Kompleks KPKK wakil penjawat Pereka dan Jurufoto sedang berucap. Kehadiran lebih 500 orang memanaskan keadaan walaupun kedinginan hujan di luar amat dirasai. Tambahan pakaian saya sedikit basah. Apa perlunya saya hadir di majlis ini? Sebenarnya kami penjawatn Pereka dan Jurufoto bergabung dalam perkhidmatan Bakar dan Seni memegang gred B. Samakah kami dengan jawatan lain? Ya sebagai kakitangan kerajaan kami sama sahaja. Namun kami bertugas berbeza dengan beberapa jawatan lain. Kalau waktu kerja penjawat awam lain 8 pagi hingga 5 petang. Kami ada yang bertugas sampai 12 tengahmalam. Ada yang meninggalkan keluarga berhari, berminggu malahan berbulan. amat pelikkah jawatan kami? Tidaklah pelik. Sam