Protokol dan Jurufoto

Kalau mahu bercerita soal etika dan protokol ada waktunya tidak semua orang nak ikut. Katanya yang penting kerja jalan. Namun kalau tidak diikut pasti akan nampak janggal di mata orang lain.

Cuba bayangkan kalau kita masuk ke majlis tanpa memikirkan soal pakaian. Orang pakai sempurna kita berpakaian tidak senonoh. Sebab itu ada ketikanya merungut tidak dihormati sedangkan ia berpunca dari sikap kita.

Inilah yang terjadi dalam satu majlis. Istiadatnya begitu rapi tetapi tiba-tiba Jurufoto 'menyerang' kawasan tanpa kawalan. Kalau kita hendak merakam gambar dalam apa-apa majlis keperluan alat hendaklah cukup. Sebab tu kalau kita guna lens yang tidak cukup maka akan mengakibatkan berlaku apa yang orang lain tak buat.

Kalau mengikut protokol jika VVIP kita harus menggunakan lens yang panjang agar kita tidak menggangu majlis. Sebab tu saya sering menegaskan dalam apa jua kursus keperluan alat amat penting. Jangan guna wide lens pada keadaan yang tidak sesuai. Jangan guna tele lens pada subjek yang tak betul.

Bayangkan jika anda dengan selesa berada di satu sudut dengan lens zoom tele tetiba tak semena-mena ada orang menghalang angle. Kita bukan nak rakam jurufoto tapi subjek yang kita fikir perlu.

Sebab tu dalam banyak hal kami sering berpakat satu masa lain dengan menukar lens yang sama jika merakam gambar. Kita tak mahu ada rakan yang tak dapat cari makan!

Jangan merungut jika ada pegawai protokol yang menghalang anda. Saya masih ingat zaman mula-mula bekerja dulu. Jurufoto veteran sering berkata kita ada garis sempadan jika merakam gambar sultan. Jangan berada pada jarak yang dekat. Kita kan ada zoom tele. Gunalah lens tersebut dalam memudahkan kerja. Kamera digital bukan seperti kamera analog. Serba canggih. Jangan kita ada alat yang canggih, tetapi etika tak mahu belajar.

Kalau merakam gambar pengantin lainlah. Anda boleh buat apa saja kepada pasangan pengantin kerana ia membayar untuk majlis itu. Hinggakan pengantin tengah makan pun nak rakam. Sedangkan dalam etika kepada VIP larangan merakam gambar tengah makan ada satu perkara yang utamakan. Pernah berlaku pengawal peribadi sultan berbisik kepada saya mohon jangan ambil gambar taunku sedang santap. Saya yang sudah faham etika ini mengangguk kepala saja.

Beberapa artikel saya telah tulis mengenai etika misalnya di Etika| Jurufoto dan fotografi | Apa dah jadi? |














Lihat saja rakaman kemera saya. Kenapa harus terjadi begini? Penganjur sudah meletakkan garisan sebagai sempadan. Tak semena-mena ada yang masuk ikut kenderaan kawalan kehormat. Dua majlis yang berlainan. Lihat kawalan kehormat perbarisan pegawai muda palapes. Tak ada gangguan ketika DYMM Sultan Selangor memeriksa barisan semalam. Tapi pagi ini ketika Ketua Polis Negara memeriksa barisan habis jurufoto masuk ke medan. Mujur ada pegawai istiadat masuk 'halau' keadaan jadi pulih. Saya yang berdiri di luar garisan menggeleng kepala melihat keadaan ini. Belajarlah etika!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah