Ceramah: Saya Jurufoto Makan Gaji

Saya akan mengadakan satu ceramah yang bertajuk: Saya Jurufoto makan gaji pada 19 Januari 2018. Penganjur: Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Ceramah ini akan membicara bagaimana saya melalui detik-detik kehidupan dalam kerjaya sebagai Jurufoto dengan memperolehi kehidupan yang damai dan selesa walaupun tidak berpangkat besar. Ceramah ini diadakan menjelang persaraan saya pada April 2018.

Kepada yang berminat sila hubungi saya di emel: raaios@yahoo.com

11 September 2015

Tiga hari di Phnom Penh, Kemboja

Tiga hari berada di Phnom Penh tidak banyak yang boleh saya catatkan. Namun peluang berada di negara orang perlu saya menafaatkan beberapa kisah untuk pengetahuan orang lain.

Kemboja (Bahasa Khmer:, Kampuchea), atau nama rasminya Kerajaan Kemboja (Bahasa Khmer:, Preăh Réachéanachâk Kâmpŭchéa) dan dahulunya dikenali sebagai Empayar Khmer, adalah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat daya.

Dengan seramai 15 juta penduduk, Kemboja merupakan negara ke-69 paling ramai penduduknya di dunia. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya. Antara kaum minoriti negara Kemboja adalah Vietnam, Cina, Cham, dan 30 suku hulu.[7] Ibu negara dan bandaraya terbesarnya Phnom Penh, iaitu pusat politik, ekonomi dan kebudayaan Kemboja. Negara raja berperlembagaan ini dinaungi oleh Norodom Sihamoni, iaitu raja yang terpilih selaku ketua negara oleh Majlis Takhta Diraja. Ketua kerajaan pula adalah Hun Sen yang kini merupakan pemimpin bukan raja yang paling lama berkhidmat di Asia Tenggara dan telah memerintah Kemboja selama lebih 25 tahun.


Phnom Penh (bahasa Khmer: (/pəˈnɔːm ˈpɛn/ or /ˈnɒm ˈpɛn/;[2][3] Phnum Pénh) merupakan ibu negara dan bandaraya terbesar di Kemboja. Bandar ini pernah dikenali sebagai "Mutiara Asia" pada zaman 1920-an di era kegemilangannya semasa penjajahan Perancis di negara Indochina[4] ini. Bandar ini telah menjadi ibu kota Kemboja sejak abad ke-15, apabila raja Ponhea Yat memindahkan pusat pemerintahan Kerajaan Khmer dari Angkor Thom yang berjaya dikuasai oleh Siam.

Terletak di tebing Tasik Tonlé Sap, Mekong dan Bassac, kawasan metropolitan Phnom Penh adalah tempat tinggal kepada kira-kira 2.2 juta orang[1] daripada keseluruhan penduduk Kemboja iaitu lebih daripada 14.8 juta orang, meningkat daripada kira-kira 1.9 juta orang pada tahun 2008.[5] Bandar ini bandar terkaya dan paling ramai penduduk di Kemboja dan merupakan pusat perdagangan, politik dan kebudayaan negara.

Phnom Penh, bersama-sama dengan Siem Reap dan Sihanoukville, adalah destinasi pelancongan global dan domestik yang penting bagi Kemboja. Ditubuhkan pada tahun 1434, bandar ini terkenal dengan seni bina dari era kolonial Perancis dan seni bina tradisional Khmer yang menjadi tarikan bersejarah. Terdapat beberapa bangunan dari era kolonial ini yang masih berfungsi dan dijadikan premis perniagaan sehingga ke hari ini yang bertaburan di sepanjang jalan-jalan besar di pusat bandar Phnom Penh. SUMBER WIKIPEDIA.

Perkhidmatan teksi begitu memuaskan dan saya tidak terfikir mengenai penipuan kerana ketika di Malaysia sebelum saya berlepas ke sana telah diberitahu tambangnya USD12. Bila tiba di sana memang harganya tidak berubah. Jika memberitahu kepada kaunter hotel, teksi akan tiba untuk mengambil saya tidak sampai lima belas minit.


Cara pemanduan di sana bagi saya amat bertimbang rasa. Budaya membunyikan horn adalah perkara biasa. Soal kesesakkan di jalanrayanya adalah lumrah bagi sebuah negara yang memiliki penduduk yang ramai. Harga kereta yang murah namun harga minyaknya mahal jika dibandingkan dengan nilai duit kita. RM5.00 seliter.

Makanan halal   menjadi isu utama saya kerana memikirkan ia mempunyai penduduk yang beragama Budha 95%. Justeru saya membawa bekalan roti dan serunding agar tidak kelaparan. Ketika sampai di hotel memang diakui bahawa tiada makanan halal di situ. 

Namun demikian saya dan wartawan bersyukur apabila diberitahu bahawa urusetia menyediakan makanan halal yang disediakan oleh usahawan berasal dari Johor, Malaysia. Maka sepanjang tiga hari masalah makanan halal tiada masalah lagi.


Masalah bahasa di Kemboja tidak menjadi masalah kerana penduduknya ada yang boleh berbahasa English. Walaubagaimana bahasa isyarat masih boleh digunakan jika mereka tidak faham bahasa English. Malahan ketika petugas hotel datang untuk mengemas bilik mereka tidak faham bahasa english dan menggunakan bahasa isyarat sahaja. Saya cuba juga belajar bahasa Kemboja, tapi jangkamasa di sana amat singkat maka tidak berkesan untuk di gunakan. 

Kata seorang usahawan di Phnom Penh, bahasa memainkan peranan penting kalau tidak akan terjadi seperti mereka yang ditipu pada peringkat awal datang berniaga di sana.

Tahap keselamatan di sana pada hemat saya ia seperti di mana juga kita pergi. Soal kecurian dan penipuan ia boleh dielak jika kita berhati-hati. Saya tidak nampak itu satu ancaman kerana dalam tiga hari di sana amat sukar untuk membuat andaian. Tapi andai kita pandai membawa diri ia bukan satu ancaman yang besar.

Masih banyak boleh diperkatakan. Kemboja satu negara yang tidak jauh dengan Malaysia jika kita berminat untuk melakukan dakwah, berniaga dan sebagianya ia adalah satu tempat yang baik. Bagi kita yang berminat alam fotografi di Kemboja banyak lokasi dan subjek yang boleh dirakam. Terutama di kawasan pendalaman yang mana mengamalkan kerja-kerja pertanian. Jika anda berminat kenapa tidak ke sana?

Selamat melancong

Kenang-kenangan di   Phnom Penh, Kemboja:





Tiada ulasan:

Catat Ulasan