Ceramah: Saya Jurufoto Makan Gaji

Saya akan mengadakan satu ceramah yang bertajuk: Saya Jurufoto makan gaji pada 19 Januari 2018. Penganjur: Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM. Ceramah ini akan membicara bagaimana saya melalui detik-detik kehidupan dalam kerjaya sebagai Jurufoto dengan memperolehi kehidupan yang damai dan selesa walaupun tidak berpangkat besar. Ceramah ini diadakan menjelang persaraan saya pada April 2018.

Kepada yang berminat sila hubungi saya di emel: raaios@yahoo.com

04 Februari 2017

Bersyukur jika tuan sentiasa sihat

Ketika  bersarapan di sebuah restoran saya duduk dengan seorang rakan UKM yang sudah lama bersara. Kini usianya melewati 70an. Syukur masih nampak sihat.

"Faktor usia saya juga dah ada penyakit sekarang", kata abang R kepada saya.

Saya mengangguk kepala sambil menyuap nasi lemak.

Beberapa tahun dulu saya menerima mesej  " aku ada kat wad di hospital....₩¥£€". Terkejut tu ada juga kerana selama ini dia sering menasihatkan saya tentang penjagaan kesihatan.

Sahabat saya ketika belum pencen memang sihat. Namun setelah bersara dia kerap membuat rawatan tetapi takut masuk ke hospital.

Ada pula rakan sejawat dah kena potong dada kerana masalah jantung. Kini sihat dan Allah memberikan beliau jantung yang kembali normal.

Rakan sejawat saya berazam berhenti merokok, kini sedang bertemu doktor pakar kerana ada masalah ketidak seimbangan kesihatan.

Tiga puluh tahun dulu isteri saya mengidap penyakit dan menjadi penasihatnya agar tidak lemah semangat. Alhamdulillah hingga kini isteri saya masih sihat walaupun penyakitnya memang mencemaskan saya.

Namun......sejak tahun 2015 saya diuji dengan masalah Batu Karang dalam Buah Pinggang. Dunia saya terasa gelap. Masa itu terasa runtuh semangat saya. Kalau dulu perkataan sabar adalah penyedap hati untuk sesiapa sahaja yang sakit. Kini saya mula di uji dengan praktikal untuk bersabar.

Jangan membuat anggapan tulisan ini sebagai luahan perasaan kesal. Jadikanlah tulisan ini sebagai panduan untuk anda yang masih sihat.


Dalam hadis sahih, dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Allah memberi uzur kepada seseorang yang Dia akhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun." (HR Bukhari 6419).

Adakah kita harus gerun dengan usia 60. Adakah kita harus berhenti mencari kekayaan ketika usia 60.? Sebenarnya ketika usia menjelang 40 tahun semua orang telah wajib bersedia untuk berwaspada denngan penyakit.

Andaian jika kita jatuh sakit pada usia 60 tolak usia akil baliqh usia 15. Sebenarnya kita hanya hidup sebagai orang sihat hanya sekitar 45 tahun sahaja.

Ketika saya berada di wad sekitar 33 hari secara keseluruhan sejak 2015 hingga 2017 ramai pesakit berusia lebih 60 tahun. Saya antara yang belum berusia 60. Namun tahun ini (2017)  telah pun berusia 59 tahun. Allahhuakbar.

Dengan usia 59 ini dapat saya melihat bagaimana keadaan wargamas yang menanggung azab penyakit. Oh......apakah mereka tidak menjaga kesihatan sebelum ini. Ramai pesakit mengidap penyakit Prosted. Ada yang mengidap ke tahap barah.

1. Seorang pesakit berkata; dulu saya sportmen, tak jaga cara pemakaian yang sesuai nah inilah yang saya dapat.
2. Sebelum ini saya hanya berubat cara tradisional,, sekarang buah pinggang saya dah rosak. Keesokkan hari dia dimasukkan ke bilik bedah untuk dibuang salah satu buah pinggangnya.
3. Terdapat pesakit yang berkeras nak balik dan mahu menangguhkan pembedahan setelah doktor bius memberitahu kesan bius kepada perokok. Pesakit itu berkeras mahu balik dan hendak merawat cara tradisional.
4. Satu pagi seorang lelaki India meninggal ketika berusia 70an.
5. Satu pagi seorang suami menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak.

Itu antara kisah pilu yang sempat dirakam. Malah lebih banyak. Penyakit tetap datang. Usah risau untuk berjaya dalam apa jua bidang. Tidak mengapa jika kita gagal ketika dalam proses berubat itu. 

Sejak saya mengidap penyakit mata sebelum membuat rawatan batu karang, banyak kejayaan yang saya cipta. 

Enam kali memenangi Anugerah Seni UKM. Anugerah pencipta laman web UKM. Anugerah Inovasi ICT UKM. Anugerah Fotografi PNB. 

Malah ketika berada di katil hospital pada 30 Nkvember 2016 dan dibedah pada 1 Disember, pada 2 Disember 2016 UKM menganugerahkan kepada saya Anugerah Bitara Keunggulan Perkhidmatan.

Wajib bersedia untuk mati ketika berusia 60 tidak salah. Jangan tingglkan solat dan segala ibadat lain. Malah dalam berusaha melawan penyakit, saya menunaikan umrah bersama keluarga pada tahun 2016.

Imbangi kegiatan kita. Jangan banyak bersedih. Banyakkan berdoa, membaca terutama Al Quran. Kemurungan penyebab kepada meningkatnya penurunan kualiti kehidupan. Bawa membina kebahagiaan dengan keluarga dan sahabat dengan apa juga cara.

Bersosial dengan apa juga cara tanpa melanggar tatasusila adat dan agama ada lah kunci kebahagiaan. Anggaplah penyakit itu anugerah Allah buat kita. Kepada yang sihat bersyukurlah tuan masih diberi ruang untuk bahagia tetapi kena berwaspada penyakit akan datang bila-bila masa tanpa kita duga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan