Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 1, 2017

Bersyukur jika tuan sentiasa sihat

Ketika  bersarapan di sebuah restoran saya duduk dengan seorang rakan UKM yang sudah lama bersara. Kini usianya melewati 70an. Syukur masih nampak sihat. "Faktor usia saya juga dah ada penyakit sekarang", kata abang R kepada saya. Saya mengangguk kepala sambil menyuap nasi lemak. Beberapa tahun dulu saya menerima mesej  " aku ada kat wad di hospital....₩¥£€". Terkejut tu ada juga kerana selama ini dia sering menasihatkan saya tentang penjagaan kesihatan. Sahabat saya ketika belum pencen memang sihat. Namun setelah bersara dia kerap membuat rawatan tetapi takut masuk ke hospital. Ada pula rakan sejawat dah kena potong dada kerana masalah jantung. Kini sihat dan Allah memberikan beliau jantung yang kembali normal. Rakan sejawat saya berazam berhenti merokok, kini sedang bertemu doktor pakar kerana ada masalah ketidak seimbangan kesihatan. Tiga puluh tahun dulu isteri saya mengidap penyakit dan menjadi penasihatnya agar tidak lemah semangat

Saat untuk dibedah

Imej
Saya kongsikan beberapa tip sebelum dibedah sebagai panduan bersama.